Kali ni buat entry tanpa ada tujuan atau berkongsi pengalaman. Kenapa membuat entry ini?...kerana ku tahu aku harus menulis sesuatu sebab agak bersawang blog. Apa yang akan dikongsikan kali ini adalah tentang kawan baik selaku penasihat kecantikan aku. Siapa dia aku akan ceritakan sekejap lag...
Perkenalan hampir 7 tahun membuatkan aku melihat jatuh bangun mereka bermula sebagai makeup artis kemudian mengembangkan bakat menjadi Perancang Perkahwinan dan seterusnya Pereka Fesyen. Bila ditanya apa sumbangan aku kepada mereka, memang tiada apa, tapi aku tetap bersama dengan mereka whenever they were up and down.
Mungkin sesetengah orang akan berkata kepadaku, aku beruntung mempunyai kawan yg begitu kreatif tetapi aku tetap aku, 7 tahun kami berkawan mereka tetap tak mampu mengubah gaya penampilan ku yg selalu menjadi mangsa fesyen ini hahaha... Dari zaman Uni sampai la zaman bekerjaya ni aku tetap memilih untuk memakai apa yang aku selesa saja, puas mereka mengayakan ku setiap kali berjumpa tapi aku tetap kembali pada gaya asal ku.
Tetapi sesekali mereka dapat peluang untuk mengayakan ku, mereka akan mengambil kesempatan itu untuk menjadi kan aku seperti puteri dalam mimpi dan angan2 ku sewaktu kecil. Aku amat berterima kasih kepada mereka kerana mereka juga bersama dengan ku sewaktu aku susah mahu pun senang. Walaupon kadang kala agak susah mahu berjumpa dengan mereka disebabkan kesibukan melampau mereka aku faham mereka sedang membina kerjaya dengan lebih maju. Melihat kepada kejayaan mereka aku turut berasa bangga dengan mereka, kerana aku tahu ape yang mereka lalui untuk sampai ke tahap mereka sekarang.
Bukan mudah perjalanan yang mereka lalui untuk mengecapi ape yang mereka ada sekarang. Mereka bole lega dengan kedudukan sekarang, cuma agak letih kerana memenuhi permitaan tinggi pelanggan. Apabila berpeluang mengayakan baju rekaan mereka adalah satu penghormatan besar buat diriku, kerana aku jarang sekali memakai baju yg ala2 artis red carpet. Dari zaman free hair sampai la da bertudung mereka sentiasa melayan apa saja permintaan ku pabila berpeluang membuat dress.
