Tuesday, 15 July 2014

Ramadhan....

Alhamdulillah...syukur hari ni sudah masuk 18 Ramadhan
Tinggal 11 hari lagi sebelum kita meninggalkan Ramadhan, hati bercampur baur sayu, happy, sedih.

Berkat bulan Ramadhan ni juga aku dapat practice memasak dan dapat berkumpul dengan kawan serumah untuk berbuka puasa bersama dan bergilir2 masak but mostly aku la yang masak. Dah macam isteri orang da. balik kerja singsing lengan masak untuk buka, bangun sahur panaskan lauk then kejutkan yang lain sahur ...huhuhu

Tapi tak pe bak kate kawan2 tu practice bila kawin nanti senang da biasa kerja rumah, tapi satu masalah aku ni tak suke mengemas bab tu paling la aku x suka..hahaha

Tu cerita kat rumah kat ofis plak, semenjak separuh team aku pindah Kerteh life aku bertambah sunyi sangat yang pindah plak tu yang duk keliling aku, yang pepagi da jerit nama aku mintak tolong or kacau2. Tambah2 bulan puasa ni sunyi betul tak de dieorang.

Honestly dieorang nilah penguat semangat aku datang kerja pepagi, penghibur hidup aku kat KL ni. Sebab aku ni memang kurang kawan n jarang kuar lepak ke dating ke outing, sebab memang x de boyfriend n si SA tu selalu buzy memanjang...
  
Raya tahun ni aku rasa paling simple sbb aku x banyk beli kuih raya n baju berbanding tahun lepas, tahun lepas walaupon x banyk beli kuih tapi aku gigih menguli 2 jenis kuih siap berjaga sampai sahur sbb nak siapakan. 10 balang ok aku buat 1 jenis kuih n satu lagi adelah 3 balang. Tapi tahun ni memang feel nk raya tak de sebab masalah yang sedang melanda. Tapi ape pon insyallah akan ku cari penyelesaian nya


Love
FM@_@

Saturday, 12 July 2014

Bahagia mu Derita ku

Aku tak pandai bermadah puitis
Aku bukan orang seni yang kreatif
Aku hanya seorang gadis yang sedang berusaha untuk berjaya
Impian ku hanya satu, melihat ibu tersayang bahagia
Aku selalu inginkan bahagia dan cinta
Lebih lagi ku mahukan lebih jauh lagi ia pergi
Aku akui diri serba kekurangan, berusaha memperbaiki keburukan
Aku gadis biasa yang inginkan cinta sejati, teringin merasa bahagia
Tapi hakikatnya masa belum tiba.

Semakin bahagia ku impikan
Semakin derita ku dakapkan
Tapi aku bersyukur hidupku ini masih mampu tersenyum
Kerana membandingkan diri dengan yang lebih tak bernasib baik...syukur
Hanya mampu berdoa moga Tuhan kuat kan hati, kuatkan semangat, kesabaran yang tinggi demi menumpuh dugaan yang diberikan
Puas menerima kutukan hinaan saudara sendiri, mampukah ku bersabar lag...
Insyallah Tuhan menjanjikan yang terbaik buat umatnya
Mungkin ku bukan langsung orang alim yang layak berkata tentang agama
Tapi aku adalah seorang muslimah sejak dari lahir.

Mungkin aku leka dan lalai urusan agama
Tapi pabila sedar ku perbetulkan semuanya
Tak mampu meluah kepada sesiapa
kerana bakal memakan diri dan keluarga
biarku simpan hingga ke sudah demi maruah keluarga.
Biarlah tangisan ini ku simpan sendiri

Love
FM @_@